Posted By admin Posted On

Siti Nurhaliza Umum Bakal Timang Seorang Anak Lelaki

Desas-desus mengenai Datuk Seri Siti Nurhaliza dikatakan sedang berbadan dua hangat diperkatakan sejak bulan lalu akhirnya terjawab apabila semalam penyanyi tersohor negara itu mengesahkan bahawa dirinya kini hamil anak kedua.

Lebih manis Siti memaklumkan impiannya untuk dikurniakan cahaya mata lelaki dimakbulkan. Perkara itu dimaklumkan oleh Siti menerusi siaran langsung bersama Shopee sebentar tadi.

“Memang secara ikhlas dalam hati, kalau dapat sepasang anak memang seronok. Sebab ada girl dan boy, tapi saya sentiasa terima apa saja yang akan lahir nanti,” katanya.

Turut bersama suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa menerusi siara langsung tersebut, Datuk K turut mendedahkan nama anak keduanya akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya dengan huruf A.

“Semua anak lelaki bermula dengan Muhammad dan nama seterusnya bermula dengan huruf A. Apa-apa pun saya bersyukur dengan anugerah terindah ini,” katanya.

Berkongsikan proses kehamilan keduanya, Siti berkata dia tidak boleh lagi makan makanan yang pedas seperti kebiasannya sedangkan sebelum ini dia sangat suka makanan pedas.

“Saya tak ada mengidam makanan yang bukan-bukan atau yang susah didapati. Cuma yang saya rasa lain sebelum dan semasa hamil ini, saya tak boleh makan pedas.

“Sedangkan sebelum ini saya suka sangat makan makanan pedas. Bila mengandung ni tak boleh pula. Jadi bila makan tu rasa tak puas. Hanya makan sup dan selera pun tak ada,” katanya.

Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *